.

Tuesday, June 22, 2010

KU RANTAI RINDU DIHATI....SELAMAT HARI BAPA!!!

'SELAMAT HARI BAPA'...kedengaran sana sini, diradio dan di tv..ramai org b'bicara tentang 'Hari Bapa'. Khutbah jumaat pon be'bicara tntg hal yg sama..Rasanya tak salah jika aku juga b'bicara tntg 'Bapa'.

Bapaku..kupanggil 'Abah'..KASSIM BIN AHMAD..seorg pesara tentera..orgnya tegas tp penyayang..

Pernah aku ditinggalkan kerana lmbt b'siap. Rasa nak nangis..tp, dah salah aku sendiri..terima je la..tiba-tiba aku lihat abah b'patah balik semasa aku menunggu bas. Sehingga kini sekiranya aku t'lmbt, aku jadi gelabah dan berdebar...tiap kali keluar jalan b'sama2 plak, dia akan b'khutbah"Long..kau jangan boros, mesti pandai budget, jangan ikut mcm.....nanti susah hidup. Duit banyak pon x cukup.". P'kataan budget didoktorin dalam kepalaku sehingga kini kalau x ad budget, aku x kan beli walaupun aku suka sgt brg tu...

Masa sekolah rendah aku akan mengulangkaji pelajaran & mengaji dengannya. Kalau salah, kne rotan, kne ketuk ngan ruler. Air mataku mengalir, aku sedih..knape asyik aku yg kne..adik2 x pon..setelah dewasa, baru aku sedar, abah mahu aku menjadi yang terbaik, contoh kpd adik2..kerana aku anak sulung...

Pernah aku ketinggalan bas semasa keluar meraikan hari perayaan. Dari jauh aku t'nmpak t'huyung-hayang abah mengayuh basikalnya mencari aku distesyen bas bas. Aku pon membonceng dibelakang basikal abah. Kini baru aku sedar betapa sayangnya abah pada ku.

Masa b'lalu, tahun b'ganti tahun dan umurku pun telah menjangkau 50 tahun..ABAH, DIMANA ABAH!!
"Long...panggil adik2. Abah da nak pergi.."
bicara abah memecah sunyi dipagi Jumaat 13 Feb 2009...
"Abah nak pergi mana? nak along panggil sekarang ker?"
Aku b'tanya lembut..pura2 x tau maksudnya...
"tak...suruh semua saudara datang esok..abah da nak pergi.." ulangnya lagi..
"nanti along bg tau adik2 ye bah!"
janjiku pada abah...
Sepanjang hari aku menemani abah dikatil hospital. Aku mengaji, aku mengajak abah b'zikir mengingati Allah. Sambil membelai jari jemari abah...aku b'suara...
"Abah..abah ampunkan dosa mak ya..ampunkan dosa saya..dan dosa adik2 saya..ya bah..halalkan makan minum saya ya bah..."
Abah menganggukkan kepalanya dan mengukir segaris senyuman.Disaat itu, aku lihat abah comel dan manja sekali. Abah dimasukkan ke hospital setelah x bleh bangun seminggu selepas majlis perkahwinan anak perempuan ku(cucu sulungnya)..

Sabtu 14hb Feb 2009,
ramai saudara mara hadir utk menziarahi abah di hospital Selayang. Abah gembira sangat. Setiap yang datang dia tanye khabar. Semuanya dia knal. Ingatannya cukup tajam. Mungkin sbb abah selalu mengaji...Org kata...klo kita mengaji, kita x mudah lupa..Subhanallah..itulah kelebihanNya...Pelawat abah bleh datang ble2 masa..kul 1 pg pon dbnarkan masok...

Ahad 15hb Feb 2009..
"Long,kamu ble nak dtg hospital?" tanya adikku, Ida.
"Tghhari skit..sbb anak2 saya ad temasya sukan"
"Cepat skit ble x..abah tgg bubur kamu, die x nak mkn bubur hospital."
"InsyaAllah..saya cuba" jawabku menyedapkan hatinya, Abah mmg suka mkn bubur lambuk yg ak bli kt pasar pagi, setiap Ahad aku akan bli utk abah ble die dtg umah...

Hari tu aku sibuk sekali, anak2 menengah ad sukan, yang darjah 6 pulak ad motivasi. nak g pasar lg....sibuk btol!

Handphone ak b'bunyi lg...
"Long...cepat datang..abah long, abah! cepat dtg Long..cpt!!!"
kedengaran suara adik iparku cemas sekali..
Aku terus b'kejar ke hospital...Smpai disana..mata abah dah t'tutup rapat...Abah x nmpk along da smpai...yang ad hanya mesin bantuan hayat menanti kehadiranku...Ku cium dahi abah..Ku bisikkan di telinganya...
"Abah..along da smpai bah..along sayang abah...kami semua sayang abah..pergilah bah..along redha..." Ku tahan air mataku dr menitis jatuh. Aku kuatkan semangatku..ku keluar bilik mencari surah Yaasin..sekembalinya aku kebilik, abah da x de! abah! denyutan nadi abah dah b'henti sepenuhnya. Adikku menenangkan ku, abah meninggal sbb cancer prostat yg da merebak ke tulang..kami membantu nurse membersihkan jenazah abah sebelum dimandikan,.

Walaupun aku tiada disisi abah ketika hembusan nafas terakhirnya, aku telah b'syukur telah mnunaikan hasratnya b'jumpa anak2..dan semua saudara mara sebelum dia pergi..aku juga b'syukur krn abah telah pergi dlm keadaan tenang~ dan aku b'syukur krn hajatnya..agar jenazah abah dimandikan oleh anak2 lelakinya t'makbul malahan cucunya turut membantu...b'tuahnya abah...Urusan jenazah abah dimudahkan Allah... Pukul 2 ptg meninggal..pukul 6 ptg selamat dikebumikan, Semasa abah meninggal..aku menangis sikit je...tp kini aku selalu menangis..krn br sekarang aku rasa kehilangannya...ABAH, ALONG SAYANG ABAH....





(Anak sulungku Nisa, menantuku Ahmad Firdaus...dan Abah...setelah selesai anakku diijabkabulkan...)












(Abah...menangis...mungkin krn t'lalu gembira kerana msh smpt melihat anakku...cucu sulungnya mendirikan sebuah masjid dengan ikatan yang suci...)

Saturday, January 23, 2010

Testing page

Testing 1,2,3. This is my test blog for new beginner